Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus SARAWAK

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus SARAWAK

Abstrak

Kajian impak UiTM Sarawak 2007/2008 telah julung kali dilakukan untuk menjustitifikasikan sumbangan kewujudannya terhadap ekonomi dan jumlah pekerjaan di persekitaran kampus, khususnya dan negeri Sarawak amnya.  Impak ekonomi yang dianggarkan adalah impak primer (impak perbelanjaan universiti), sekunder (impak perbelanjaan staf dan pelajar) dan impak semarak (impak perbelanjaan kontraktor)  Bagi tujuan pengutipan data, persampelan terbahagi kepada 6 kumpulan, iaitu kumpulan responden pelajar, staf, kontraktor, perniagaan/ industri, penduduk dan kerajaan negeri.  Kaedah persampelan berstrata digunakan untuk memilih responden mengikut kumpulan tertentu seperti bangsa, bahagian, jantina dan kategori staf, pelajar, penduduk dan perniagaan.  Setiap satu kumpulan pula dipilih berdasarkan persampelan sistematik secara rawak mengikut jumlah sebenar populasi.  Bagi tujuan menganalisa impak ekonomi UiTM Sarawak, pengganda ekonomi dikira berdasarkan pengganda pelaburan Keynes dan nilai MPC diperolehi setelah ia dianggarkan dengan menggunakan kaedah ekonometrik.  Kaedah pengiraan impak pekerjaan yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah yang telah digunakan oleh Silva, J.A. & Santos, S.P. (2007). 

 

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study