Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus JOHOR
Abstrak
Impak sebuah universiti terdiri dari impak langsung, bila wang mengalir masuk ke dalam kawasan persekitaran universiti; impak tidak langsung, bila warga universiti belanja di kalangan peniaga dalam kawasan persekitaran universiti; dan impak semarak, bila peniaga dan penduduk tempatan belanja menggunakan wang yang diterima dari warga universiti. Walaupun UiTM Johor sudah wujud lebih 25 tahun, belum ada kajian impak yang dilakukan untuk UiTM Johor. Kajian ini mengkaji impak UiTM Johor di persekitaran Segamat, yang terdiri dari bandar Segamat, Jementah dan kawasan berhampiran kampus. Kajian menggunakan soalan kajiselidik menggunakan sampel yang terdiri dari 400 pelajar, 100 staf, 17 kontraktor, 400 penduduk tempatan, 99 peniaga tempatan dan 19 wakil kerajaan.