Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus MELAKA
Abstrak
Institut Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan signifikan dalam memastikan kejayaan ekonomi di masa depan. IPT mengendalikan penyelidikan teras yang menjadi punca pembangunan pengkomersilan dan ekonomi. IPT menyediakan pendidikan klasikal yang membentuk para intelek dan ciri-ciri pemimpin ekonomi masa depan. IPT juga menyediakan pendidikan dan latihan amali yang diperlukan untuk memantapkan kemahiran tenaga kerja. Signifikan ekonomi IPT akan menjadi lebih penting dan bermakna pada abad ke 21 apabila tafsiran ekonomi berubah kepada sistem yang berorientasikan pengetahuan (knowledge based). Di samping menyumbang kepada asas pengetahuan tempatan, wilayah (regional) dan negeri, IPT juga adalah jurutera penggerak masyarakat seperti dalam menyokong sebahagian besar perniagaan tempatan. IPT merupakan penyumbang kritikal terhadap perkembangan sosial dan budaya kawasan setempat.
Sehubungan dengan itu, matlamat kajian adalah untuk mengukur impak primer, impak sekunder dan impak semarak UiTM Melaka kepada ekonomi negeri Melaka, setepat yang mungkin. Impak primer mengukur perbelanjaan sebenar sesuatu kumpulan. Perbelanjaan primer UiTM Melaka merangkumi perbelanjaan modal dan operasi. Impak sekunder mengukur jumlah pembelian industri-ke-industri kesan dari aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh UiTM Melaka. Manakala impak semarak menunjukkan perubahan dalam perbelanjaan isirumah, kesan dari aktiviti langsung dan tidak langsung.
Kaedah temubual berdepan berdasarkan soalan-soalan dari soalselidik yang telah disediakan untuk setiap kumpulan sasaran bagi tujuan kutipan data. Pemilihan sampel dijalankan samada menggunakan kaedah persampelan rawak atau kaedah persampelan bukan rawak.