Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus NEGERI SEMBILAN

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus NEGERI SEMBILAN

Abstrak

UiTM Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Melang, Kuala Pilah telah memulakan operasinya sebagai sebuah kampus berstatus sementara pada tanggal 1 Jun 1999 sehinggalah sekarang. Setelah hampir 10 tahun beroperasi, adalah penting untuk UiTM Negeri Sembilan mengkaji kesan kewujudannya terhadap pembangunan ekonomi masyarakat setempat. UiTM Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Perancangan Strategik UiTM (PPS) telah menjalankan satu kajian impak ekonomi bertujuan melihat sejauh mana sumbangan UiTM terhadap pembangunan ekonomi masyarakat setempat. Skop kajian ini meliputi kawasan dalam lingkungan 5 kilometer dari UiTM Negeri Sembilan. Impak ekonomi yang dikenalpasti adalah impak primer, iaitu UiTM Negeri Sembilan, impak sekunder yang merangkumi sektor pelajar, staf dan kontraktor, serta impak semarak yang terdiri daripada penduduk, perniagaan dan industri serta kerajaan negeri. Analisis impak kuantitatif dijalankan bagi impak primer dan sekunder, manakala bagi impak semarak, analisa dijalankan secara kualitatif.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study