Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007  Kampus PAHANG

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PAHANG

Abstrak

Kajian Impak UiTM 2007 diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai kesan kewujudan UiTM di Jengka bagi tahun berkenaan. Secara keseluruhan daripada impak yang dinyatakan ini, memperlihatkan peranan UiTM sebagai penyumbang utama pengukuran pembangunan setempat dan juga pertumbuhan ekonomi persekitaran. Melalui kajian ini juga diharapkan dapat memperkemaskan perancangan pembangunan masa hadapan UiTM. Impak kepada kewujudan UiTM Pahang terbahagi kepada tiga pecahan iaitu Impak Primer, Impak Sekunder dan Impak Semarak. Impak primer ialah impak perbelanjaan universiti terhadap pelajar, staf dan perkhidmatan seperti emolumen, perbelanjaan bagi pembangunan fasiliti dan teknologi, perbelanjaan untuk pembangunan dan penyelenggaraan serta perbelanjaan untuk pelajar. Impak sekunder merupakan perbelanjaan staf dan pelajar terhadap universiti terhadap aktiviti ekonomi setempat dan persekitaran. Penggunaan teknik modified input/output diguna bagi menganggarkan agihan input dan output setiap sektor ekonomi yang saling berkait di kawasan sekitar UiTM Jengka. Pekali impak diperolehi bagi setiap jenis perbelanjaan kumpulan pelajar, staf dan kontraktor adalah 1.51, 1.40 dan 1.02. Manakala impak semarak adalah daripada perbelanjaan isi rumah penduduk dan komuniti lain yang berada di dalam kawasanan Bandar Jengka yang akan dianggarkan dalam kajian seterusnya.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study