Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007  Kampus TERENGGANU

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus TERENGGANU

Abstrak

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam terawal penubuhannya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tujuan utama penubuhan UiTM Terengganu adalah untuk menambah bilangan penuntut Bumiputera mempelajari bidang-bidang profesional. Di samping itu, UiTM Terengganu juga dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat sekitarnya. Kajian Impak UiTM Terengganu dilakukan adalah untuk menilai kesan kewujudan UiTM Terengganu terhadap persekitaran dari aspek kependudukan setempat, pekerjaan, taraf kehidupan, pembangunan dan teknologi serta pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti hasil dari perbelanjaan universiti, kakitangan/staf dan pelajar. Kajian ini menggunakan data yang diperoleh melalui dua sumber iaitu primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui temuduga bersemuka dengan pelajar, kakitangan/staf dan kontraktor terpilih yang berurusan dengan UiTM Terengganu. Selain dari itu data primer juga diperolehi dengan menemuduga penduduk yang berada dalam lingkungan 10kilometer radius. Manakala data sekunder mengenai masyarakat peniaga/industri di daerah Dungun dan juga pegawai Kerajaan Negeri Terengganu juga diperoleh melalui cara yang sama. Iaitu proses temuduga bersemuka. Model Input-Output digunakan sebagai model yang sesuai dan berkesan dalam menentukan perubahan nilai yang berlaku dalan aktiviti ekonomi bagi kajian impak ini.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study