Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus KELANTAN
Abstrak
Di negara kita peranan institut pengajian tinggi di dalam pembangunan ekonomi setempat telah banyak diperkatakan tetapi tiada kajian yang dilakukan untuk menentukan sejauh mana impaknya kepada ekonomi masyarakat setempat. Kajian ini telah mengambil langkah untuk mengkaji sumbangan yang telah diberi oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan dalam menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi persekitaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak ekonomi kewujudan UiTM Kelantan ke atas ekonomi persekitaran, mukim Ulu Sat, Machang,