Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PERAK

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PERAK

Abstrak

Kajian impak ini dilakukan untuk menilai kesan kewujudan UiTM Perak terhadap persekitaran dari aspek kependudukan setempat, pekerjaan, taraf kehidupan, pembangunan dan teknologi serta pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti hasil dari perbelanjaan universiti, staf dan pelajar. Kaedah Modified Input-Output multiplier melibatkan aspek unjuran atau “forecasting” sebarang perubahan ke atas persekitaran. Jutifikasi kajian tertumpu kepada mengumpul data empirikal membuktikan impak kewujudan UiTM di negeri Perak. Kajian meliputi kawasan sekitar UiTM dalam lingkungan 5 kilometer jejarian dalam Majlis Daerah Perak Tengah. Kajian ini menggunakan data yang diperoleh melalui dua sumber iaitu primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui temuduga bersemuka dengan pelajar, kakitangan/staf, kontraktor, penduduk, peniaga, pengusaha industri dan Kerajaaan Negeri Perak. Model Input-Output digunakan sebagai model yang sesuai dan berkesan dalam menentukan perubahan nilai yang berlaku dalam aktiviti ekonomi bagi kajian impak ini.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study