Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PULAU PINANG

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PULAU PINANG

Abstrak

Kajian impak ekonomi institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia merupakan satu lapangan kajian yang baru dan berpotensi luas untuk diterokai dan didokumentasikan oleh penyelidik tempatan. Hasil kajian ini boleh memberi gambaran peranan dan sumbangan  IPT Malaysia dalam konteks ekonomi. Menyedari akan kepentingan dan sumbangan kewujudan UiTM kampus negeri sebagai pemangkin ekonomi setempat, maka satu kajian Impak Ekonomi telah dijalankan di kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah bagi menilai kesan ekonomi kepada kawasan setempat hasil kewujudan UiTM Pulau Pinang di kawasan ini. Model input-output telah digunakan bagi mencari pekali impak bagi kajian ini. Kajian ini melibatkan sebanyak 6 kumpulan responden iaitu, pelajat, staf, kontraktor, penduduk, perniagaan/industri dan juga kerajaan negeri.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study