Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007  Kampus PERLIS

Laporan Kajian IMPAK UiTM 2007 Kampus PERLIS

Abstrak

Kajian impak ini dijalankan dengan bertujuan menyiasat impak kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis terhadap kawasan sekitar 5 km dari kampus UiTM Perlis. Impak dari kajian ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu perbelanjaan UiTM Perlis (Impak Primer). Manakala kategori Pelajar UiTM Perlis, staf akademik dan bukan akademik UiTM dan kontraktor yang berurusan dengan UiTM sebagai Impak Sekunder. Selain itu, industri atau perniagaan dan penduduk di sekitar 5 km serta wakil-wakil kerajaan negeri juga merupakan responden bagi kajian ini dan dikategorikan sebagai Impak Semarak.


Penyelidikan dijalankan menggunakan enam set borang soal selidik mengikut kategori dan aktiviti pengumpulan data dilaksanakan melalui menemuduga responden secara bersemuka kecuali untuk kategori kontraktor data dikumpulkan melalui pos. Data-data kajian dianalisis menggunakan perisian Remark Office dan perisian SPSS. Kajian impak ini memaparkan bahawa kewujudan UiTM memberikan impak yang jelas terhadap kawasan 5 km dari kampus UiTM Perlis melalui penemuan jumlah perbelanjaan pelajar dan staf UiTM Perlis serta kontraktor.

Date

13 February 2017

Tags

Impact Study